Kadar bekerja graduan TVET pertanian cecah 85.92 peratus

Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak / RTM

PUTRAJAYA, 23 Julai – Kadar bekerja graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertanian meningkat kepada 85.92 peratus pada 2025 berbanding 76 peratus bagi tempoh 2018 hingga 2024.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencapaian menunjukkan keberkesanan pelaburan kementerian dalam pembangunan bakat TVET pertanian dan meletakkan asas kukuh untuk memajukan sektor pertanian negara.
  • Perkembangan modal insan diberi penekanan selari pelaburan dalam infrastruktur dan teknologi bagi melengkapkan ekosistem pertanian negara.
  • Kerajaan mempergiatkan TVET pertanian dan KPKM menandatangani MoU dengan PNB untuk memacu agromakanan melalui analisis data dan penyelidikan.

Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak berkata, pencapaian tersebut mencerminkan keberkesanan pelaburan yang dilaksanakan kementerian dalam membangunkan bakat TVET pertanian.

“Pencapaian ini merupakan bukti kukuh terhadap keberkesanan pelaburan yang telah dilaksanakan oleh kementerian dalam pembangunan bakat pertanian (talent in agriculture) dan kejayaan ini sekaligus meletakkan asas yang kukuh untuk kita terus melangkah lebih jauh dalam memperkasa sektor pertanian negara”, katanya demikian semasa membentangkan laporan kajian TVET pertanian yang dilaksanakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menurut beliau, pembangunan humanware atau modal insan perlu diberi perhatian seiring pelaburan dalam infrastruktur dan teknologi bagi melengkapkan ekosistem pertanian negara.

Tambah beliau, usaha memperkasa TVET Pertanian akan dipergiatkan kerajaan bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang mampu mendepani cabaran keterjaminan makanan negara.

Pada 9 September 2025, KPKM dan PNB memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melonjakkan daya maju sektor agromakanan melalui kepakarannya dalam analisis data dan penyelidikan ekonomi selain perkongsian kepakaran penyelidikan, pembangunan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) pertanian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.