Malaysia perkukuh kerjasama pelancongan dengan China

Kerjasama baharu Malaysia-China pacu pelancongan mesra Muslim

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Malaysia memperkukuh kerjasama strategik dengan China bagi menarik lebih ramai pelancong dari negara itu sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dialog Pelancongan Malaysia-China di Langkawi memeterai memorandum persefahaman untuk promosi destinasi, pertukaran maklumat dan pembangunan pelancongan mesra Muslim.
  • Usaha promosi bersasar, kerjasama strategik dan pengenalan produk baharu digerakkan untuk memperkukuh sektor pelancongan negara.
  • Pengiktirafan antarabangsa terhadap standard MFAR mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pelancongan mesra Muslim di peringkat global.
  • Memorandum memberi kelebihan khusus kepada pengembara Muslim dari China dan Hong Kong, menyokong akses dan pengalaman pelancongan mesra Muslim.

Tourism Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan, usaha itu dilaksanakan melalui promosi bersasar, kerjasama strategik dan pengenalan produk pelancongan baharu bagi memperkukuh sektor pelancongan negara.

Menurut kenyataan itu, Dialog Pelancongan Malaysia-China di Langkawi pada Rabu menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman bagi memperkukuh promosi destinasi, pertukaran maklumat pelancongan serta pembangunan pelancongan mesra Muslim.

Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Mohammad Faisal Abu Suaib Khan berkata, pengiktirafan antarabangsa terhadap standard Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pelancongan mesra Muslim di peringkat global.

Katanya, kerjasama yang dimeterai turut memberi kelebihan kepada pengembara Muslim dari China dan Hong Kong.

“Standard MFAR milik Islamic Tourism Centre dan Kerajaan Malaysia telah diiktiraf di peringkat dunia. Apabila hotel-hotel bertaraf antarabangsa mengguna pakai standard ini, ia membuktikan Malaysia bukan sekadar jaguh kampung, sebaliknya diterima di peringkat global. Memorandum persefahaman ini juga memberi kelebihan kepada pengembara Muslim dari China dan Hong Kong.”

Tourism Malaysia memaklumkan, Malaysia merekodkan 2,196,169 ketibaan pelawat dari China bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, termasuk 43,923 pelancong Muslim.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.