Malaysia-Thailand perkukuh kerjasama pelabuhan dan logistik sempadan

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anutin Charnvirakul merasmikan jajaran jalan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao pada 10 Julai lalu/Foto Facebook PMX

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kementerian Pengangkutan diminta membincangkan penggunaan pelabuhan di sempadan Malaysia – Thailand serta di Pulau Pinang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh pembangunan infrastruktur dan rangkaian logistik di kawasan sempadan.
  • Perbincangan kedua-dua Perdana Menteri mengenai penggunaan pelabuhan bersama, termasuk pelabuhan Sanglang dan Perlis Inland Port.
  • Inisiatif merangkumi semua bidang pengangkutan seperti pelabuhan, kereta api dan pelancongan.
  • Program bimbingan keusahawanan seperti SDSI dan peranan INSKEN diperkasakan untuk manfaat ekonomi dan peluang pekerjaan anak muda setempat.

Ini bagi memperkukuh pembangunan infrastruktur dan rangkaian logistik di kawasan sempadan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aspek pengangkutan termasuk pengggunaan pelabuhan antara perkara yang dibincangkan bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul.

“Kita bincang juga soal kereta api dan Perdana Menteri Anutin menyebut tentang pengangkutan serta pelabuhan. Kita minta Kementerian Pengangkutan berbincang supaya penggunaan pelabuhan di Thailand dan di Pulau Pinang, termasuk pelabuhan baharu seperti Sanglang dan Perlis Inland Port (PIP), dapat diperkukuhkan.

“Ia mencakupi semua bidang pengangkutan melibatkan pelabuhan, kereta api dan juga pelancongan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan.

Tambahnya, beberapa inisiatif bimbingan keusahawanan dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di laksana.

Ini termasuk Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) bagi memastikan penglibatan usahawan tempatan terus diperkasakan untuk memastikan peluang ekonomi dan pekerjaan turut dinikmati penduduk setempat, khususnya golongan muda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.