
KUALA LUMPUR, 13 Julai – Banjir di Melaka semakin pulih apabila hanya 47 penduduk terjejas banjir daripada 12 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu setakat pukul 8.00 pagi tadi, berbanding 800 orang daripada 266 keluarga, petang semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- JKM melaporkan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara di daerah Alor Gajah dan Jasin.
- Di Alor Gajah, satu keluarga dengan lima penduduk ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Seri Jeram.
- Di Jasin, 42 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tehel.
Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua penduduk terjejas terbabit ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di daerah Alor Gajah dan Jasin.
“Di daerah Alor Gajah, lima penduduk sekeluarga masih ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Seri Jeram.
“Di Jasin pula, seramai 42 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tehel,” menurut kenyataan itu.