MULA Melaka bantu graduan TVET berniaga

Foto Facebook Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 11 Julai – Program baharu MULA Melaka akan diperkenalkan mulai Ogos depan bagi membantu graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menceburi bidang keusahawanan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Negeri peruntuk RM1 juta melalui Majlis TVET Melaka sebagai dana pembangunan untuk usahawan.
  • Dana digunakan untuk perolehan peralatan asas, memperkukuh pemasaran dan mengembangkan perniagaan.
  • Bantuan disertakan dengan bimbingan bagi memastikan usahawan TVET mampu membina perniagaan mampan.
  • Pengumuman dibuat oleh Ketua Menteri ketika merasmikan Karnival TVET Negeri Melaka di MITC Ayer Keroh.

Bagi menjayakan inisiatif itu, Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan RM1 juta menerusi Majlis TVET Melaka sebagai dana pembangunan untuk membantu usahawan memperoleh peralatan asas, memperkukuh pemasaran dan mengembangkan perniagaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan itu turut disertakan dengan bimbingan bagi memastikan usahawan TVET mampu membina perniagaan yang mampan.

“Kita memulakan program baharu iaitu MULA bagi memberi ruang kepada anak-anak TVET memulakan perniagaan. Kerajaan negeri akan membantu menyediakan peralatan asas sebagai permulaan dan membimbing mereka mengembangkan perniagaan. Kita turut menyediakan dana RM1 juta yang akan diagihkan mengikut kategori perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival TVET Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.