Deschamps puji mentaliti Mbappe

Deschamps memuji prestasi cemerlang Kylian Mbappe. Foto/AFP

BOSTON, 10 JULAI – Jurulatih Perancis, memuji prestasi cemerlang ayam tambatan, Kylian Mbappe yang membantu skuad Les Bleus mara ke pusingan separuh akhir Piala Dunia 2026 dengan kemenangan 2-0 ke atas Maghribi pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Deschamps puji mentaliti Mbappe: tidak meragui diri, bijak mencari peluang menjaringkan gol.
  • Deschamps bangga mara ke separuh akhir buat kali ketiga berturut-turut.
  • Perancis akan berdepan pemenang Sepanyol vs Belgium di Dallas pada 14 Julai.
  • Laluan ke final sukar; pasukan mesti terus fokus dan sasar dua perlawanan lagi.

“Apabila melibatkan Kylian, tiada masalah. Dia tidak pernah meragui dirinya sendiri, dia sentiasa bijak mencari peluang menjaringkan gol.

“Saya sememangnya sangat bangga kerana berjaya mara ke separuh akhir buat kali ketiga berturut-turut,” kata Deschamps kepada penyiar Perancis, M6.

Perancis akan berdepan pemenang aksi suku akhir antara Sepanyol dan Belgium dalam perlawanan separuh akhir di Dallas pada 14 Julai.

Sementara itu, bekas pemain antarabangsa Perancis itu mengakui laluan ke pusingan akhir adalah sukar dan pasukannya perlu terus fokus.

“Kami baru berada di separuh akhir. Masih ada satu lagi langkah dan ia pastinya sangat sukar. Kami sudah mengambil langkah penting hari ini, tetapi kami mahu bermain dua perlawanan lagi,” katanya.

Aksi final Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Stadium MetLife, New York pada 19 Julai, manakala perlawanan penentuan tempat ketiga dijadualkan berlangsung di Miami sehari sebelumnya. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.