
NEW DELHI, 6 Julai – Hujan lebat monsun melanda beberapa kawasan di barat dan tengah India pada Ahad, menyebabkan jalan raya dinaiki air, rumah ditenggelami banjir serta menumbangkan pokok sehingga mengganggu aliran trafik.
- Taburan monsun yang dijangka rendah mengancam hasil pertanian dan pertumbuhan ekonomi negara.
- Monsun menyediakan kira-kira 70 peratus hujan tahunan, penting untuk mengisi semula sumber air dan menyokong ekonomi besar negara.
- IMD meramalkan taburan hujan Julai di bawah 94 peratus purata jangka panjang, pihak berkuasa memantau risiko gangguan bekalan makanan.
Kejadian hujan lebat itu berlaku ketika India mencatatkan bulan Jun kelima paling kering sejak rekod mula direkodkan pada tahun 1901.
Sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap hasil pertanian dan pertumbuhan ekonomi negara.
Monsun merupakan sumber utama hujan tahunan India yang menyumbang kira-kira 70 peratus daripada jumlah hujan keseluruhan, penting bagi mengisi semula sumber air negara yang menyokong ekonomi bernilai hampir AS$4 trilion.
Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD), taburan hujan monsun bagi bulan Julai dijangka berada di bawah 94 peratus daripada purata jangka panjang, kata Ketua Pengarahnya, Mrutyunjay Mohapatra.
Monsun juga menjadi nadi penting kepada sektor pertanian India yang menyokong hampir separuh populasi negara itu yang bergantung kepada pertanian sebagai sumber pendapatan.
Pihak berkuasa kini memantau keadaan dengan teliti berikutan risiko gangguan terhadap bekalan makanan dan ekonomi sekiranya taburan hujan kekal tidak menentu.-REUTERS