Sekolah Rohingya tanpa kelulusan diserbu MBAS

Antara kanak-kanak Rohingya yang dikesan berada dalam premis berkenaan. Foto/MBAS

ALOR SETAR, 3 JULAI – Sebuah premis di kawasan Kompleks Perniagaan Shahab Perdana di sini dikesan menyewakan premis berkenaan kepada etnik Rohingya untuk dijadikan sekolah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan MBAS dan Jabatan Perancangan Pembangunan dijalankan untuk mengesahkan maklumat dan menilai pematuhan undang-undang.
  • Pasukan mendapati premis menempatkan 26 kanak-kanak Rohingya.
  • MBAS merekod butiran pemilik dan penyewa untuk siasatan lanjut serta tindakan agensi berkaitan.
  • Kes akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut; MBAS tegas memantau kepatuhan.

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam kenyataan memaklumkan, kewujudan premis berkenaan susulan serbuan yang dilaksanakan melalui Bahagian Penguatkuasaan MBAS dan Jabatan Perancangan Pembangunan pada Khamis.

Serbuan bertujuan untuk mengesahkan maklumat serta menilai pematuhan premis terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Datuk Bandar Alor Setar Datuk Abdul Gafar Yahya memaklumkan, dalam serbuan itu, pihaknya mendapati sekolah tersebut menempatkan seramai 26 kanak-kanak Rohingya.

“Susulan penemuan itu, Bahagian Penguatkuasaan MBAS telah merekodkan butiran pemilik premis dan penyewa bagi tujuan siasatan lanjut serta tindakan bersama agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing.

“Kes akan diambil tindakan atas kesalahan salah guna premis industri dan akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, berhubung pengoperasian institusi pendidikan tanpa kebenaran serta Jabatan Imigresen bagi penelitian terhadap status permit warga asing yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Datuk Abdul Gafar dalam pada itu menegaskan, MBAS terus komited bagi memastikan setiap premis mematuhi syarat penggunaan yang diluluskan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.