
KUALA LUMPUR, 3 Julai- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah melanda Halmahera, Indonesia pada pukul 10.31 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa berpusat pada koordinat 1.8 darjah Utara dan 127.4 darjah Timur dengan kedalaman 127 km.
- Pusat gempa terletak kira-kira 116 km utara Ternate, Indonesia.
- METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berdasarkan penilaian awal.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa tersebut berpusat pada koordinat 1.8 darjah Utara dan 127.4 darjah Timur, kira-kira 116 kilometer (km) utara Ternate, Indonesia dengan kedalaman 127 km
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berdasarkan penilaian awal,” menurut kenyataan METMalaysia.