
KUCHING, 1 Julai – Seorang penunggang motosikal ditemukan maut di dalam sebuah parit berhampiran Jalan Puncak Borneo, tengah hari tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di lokasi kejadian.
- Sebuah motosikal ditemui berhampiran kawasan dipercayai milik mangsa.
- Anggota bomba berpakaian Hazmat membantu mengangkat mayat; dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat, kes diklasifikasikan mati mengejut.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, mangsa lelaki itu ditemukan dalam keadaan terbaring di lokasi kejadian.
Menurut beliau, pihak polis turut menemukan sebuah motosikal berhampiran kawasan tersebut yang dipercayai milik mangsa.
“Sepasukan anggota bomba lengkap dengan pakaian perlindungan Hazmat telah dipanggil bagi membantu mengangkat mayat,” katanya dalam satu kenyataan media.
Mayat mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.