
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Gabungan Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dengan lebih 50 aktivis peguam hak asasi mengumpul bukti-bukti jenayah perang dan perang menentang kemanusiaan yang dilakukan rejim Zionis Israel.
- Tujuh peguam Malaysia mewakili NGO CENTHRA menjalankan misi perundangan untuk menyediakan dokumen pendakwaan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
- Dua sasaran dokumen: menyediakan bahan pendakwaan di ICC dan memperluas landskap gerakan kemanusiaan di Malaysia.
- Pasukan tiba di Tripoli, akan bahagikan kawasan dan segera mengumpul bukti daripada saksi mangsa perang.
- Misi mensasarkan bukti daripada 100 saksi; operasi juga di Nabatiyeh Dahiyeh, dengan bantuan Cinta Gaza Malaysia.
Aktivis dan bekas wartawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA menerusi hantaran Facebook memaklumkan aktivis berkenaan terdiri daripada Perancis, Poland, Indonesia dan Lubnan.
“Perjalanan kali ini bukan lagi merakamkan kekejaman perang tetapi menemani dan melaporkan usaha tujuh peguam Malaysia yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) CENTHRA. Misi kali ini bersifat langkah perundangan.
“Dua sasaran penyediaan dokumen ini penting dalam menyediakan bahan pendakwaan terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
“Langkah ini juga penting dalam menambah landskap gerakan kemanusiaan di Malaysia. Dari misi bantuan makanan dan perubatan kita bergerak ke misi tindakan perundangan,” menurut hantaran itu.
Pasukan tersebut baru sahaja tiba di Tripoli, Lubnan dan akan memulakan urusan pembahagian kawasan dan pengumpulan bukti dengan kadar segera.
Tugasan selama seminggu ini diharapkan dapat menyediakan bahan bukti terperinci daripada 100 saksi mangsa perang.
“Langkah ini juga penting; menambah landskap gerakan kemanusiaan di Malaysia. Dari misi bantuan makanan dan perubatan; kita bergerak ke misi tindakan perundangan,” tambah kenyataan itu.
Pasukan itu juga ditugaskan di Nabatiyeh atau Dahiyeh kerana ia merupakan lokasi paling teruk dibom hingga menyebabkan puluhan ribu kediaman musnah
Ramai pelarian dari selatan Lubnan kini berdepan beban ekonomi dan krisis piskologi apabila terpaksa bertebaran ke sekitar Beirut.
Projek berkenaan dibantu Cinta Gaza Malaysia (CGM) sebagai langkah berterusan bagi mendakwa kekejaman yang dilakukan rejim Zionis dibawa ke pengadilan antarabangsa.