Korban gempa bumi di Venezuela meningkat kepada 1,430 orang

Keadaan pasca gempa bumi di Caraballeda, Venezuela / Foto AFP

MAIQUETIA, 28 Jun – Jumlah korban akibat gempa bumi berkembar yang melanda Venezuela awal minggu ini meningkat kepada 1,430 orang, menurut Presiden Perhimpunan Kebangsaan, Jorge Rodriguez, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seramai 3,200 dilaporkan cedera.
  • Kira-kira 3,100 penduduk hilang tempat tinggal.
  • Lebih 54,000 individu disenaraikan belum dapat dikesan menerusi laman pembangkang.
  • USGS menganggarkan kematian mungkin melebihi 10,000, menjadikan bencana antara gempa paling dahsyat di Amerika Latin dalam abad lalu.

Beliau berkata, seramai 3,200 lagi cedera, manakala 3,100 penduduk hilang tempat tinggal akibat bencana itu.

Rodriguez memaklumkan perkembangan itu menerusi siaran televisyen milik kerajaan.

Kerajaan Venezuela sebelum ini menyatakan ratusan penduduk masih hilang atau terperangkap.

Bagaimanapun, lebih 54,000 individu disenaraikan sebagai belum dapat dikesan menerusi sebuah laman sesawang yang dipromosikan pihak pembangkang negara itu.

Sementara itu, Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan jumlah kematian akibat gempa bumi bermagnitud 7.2 dan 7.5 itu berkemungkinan melebihi 10,000 orang.

Jika anggaran itu menjadi kenyataan, bencana berkenaan akan tersenarai antara gempa bumi paling dahsyat di Amerika Latin dalam tempoh satu abad yang lalu. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.