Muchova muncul juara Terbuka Bad Homburg selepas Osaka tarik diri akibat kecederaan

Pemain Republik Czech, Karolina Muchova, muncul juara kejohanan Terbuka Bad Homburg / Foto REUTERS

BAD HOMBURG, 28 Jun – Pemain Republik Czech, Karolina Muchova, muncul juara kejohanan Terbuka Bad Homburg selepas bekas pemain nombor satu dunia dari Jepun, Naomi Osaka, menarik diri akibat kecederaan pada kaki kanan ketika perlawanan akhir, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Muchova mendahului 6-1, 1-0 dalam set kedua sebelum Osaka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan.
  • Osaka menerima rawatan ketika rehat perubatan pada set pertama.
  • Muchova mematahkan servis Osaka dua kali awal, mendahului 4-0 dan menamatkan set pertama dalam 31 minit.
  • Kemenangan itu merupakan gelaran perseorangan WTA ketiga buat Muchova.

Muchova yang menghuni ranking ke-11 dunia mendahului 6-1, 1-0 dalam set kedua sebelum Osaka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan.

Osaka sebelum itu menerima rawatan ketika waktu rehat perubatan pada set pertama.

Selepas berbincang dengan pasukan kejurulatihannya, beliau berjabat tangan dengan Muchova dan pengadil sebagai tanda mengakhiri perlawanan.

Muchova mempamerkan aksi cemerlang apabila mematahkan servis Osaka sebanyak dua kali pada awal permainan untuk mendahului 4-0 dalam set pertama, sebelum menamatkan set itu dalam tempoh hanya 31 minit.

Kemenangan itu menghadiahkan gelaran perseorangan ketiga Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) buat Muchova.

Selepas kejohanan itu, kedua-dua pemain akan mengalihkan tumpuan kepada Kejohanan Wimbledon yang dijadual bermula minggu depan di London. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.