Piala Dunia: Peminat hargai siaran percuma RTM

Foto BERNAMA

SEBERANG JAYA, 20 Jun– Peminat bola sepak tempatan menzahirkan penghargaan kerana berpeluang menonton Piala Dunia FIFA 2026 yang dibawakan RTM termasuk menerusi platform RTMKlik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif membolehkan rakyat menikmati perlawanan tanpa bayaran.
  • Menonton bersama mengeratkan hubungan komuniti dan memupuk semangat kekeluargaan.
  • Rakyat berasa bangga dengan siaran percuma dan bersyukur kepada kerajaan.
  • Dulu perlu bayar, kini tontonan percuma menyatupadukan penduduk dan mengeratkan ukhwah.

Menurut Shahul Jess Ahmadi, inisiatif itu bukan sahaja membantu rakyat menikmati siaran kejohanan tanpa bayaran, malah mengeratkan hubungan masyarakat.

“Kita tengok perlawanan bola bersama-sama, kita berpeluang berjumpa dengan semua. Itu kesepakatan.

Terima kasih kepada kerajaan kerana apabila tengok perlawanan bola macam ini seperti satu keluarga besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2026 antara Brazil dan Haiti di sini.

Sementara itu, seorang lagi peminat bola sepak tempatan, Ahmad Zaidi Ahmad Zainol meluahkan rasa bangga dengan pendekatan RTM membawakan siaran percuma kejohanan berprestij itu.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana membolehkan rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak menerusi RTM secara percuma.

Rakyat boleh berasa bangga dengan RTM. Semua orang rasa bersyukur sangat,” kongsinya.

Dalam pada itu, Nur Sabrina Ramli berkata, perlawanan yang boleh disaksikan secara bersama itu dapat menyatu padukan penduduk setempat.

“Saya berasa seronok kerana kita dapat bersatu hati dengan penduduk dan mengeratkan ukhwah sesama kita.

Dulu, kita kena bayar untuk tonton di televisyen tetapi sekarang tak perlu bayar, ianya percuma,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.