Gempa bumi kuat 6.5 magnitud di tengah Lautan Atlantik

METMalaysia

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 berlaku di kawasan Central Mid-Atlantic Ridge di tengah Lautan Atlantik pada pukul 2.56 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Koordinat pusat gempa 0.4 darjah Selatan, 20.0 darjah Barat dan kedalaman 10 kilometer.
  • Pusat gempa kira-kira 3,213 kilometer ke selatan Las Palmas, Sepanyol.
  • Penilaian awal METMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
  • Maklumat disahkan dan dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 0.4 darjah Selatan dan 20.0 darjah Barat dengan kedalaman 10 kilometer (km)

Pusat gempa terletak kira-kira 3,213 km ke selatan Las Palmas, Sepanyol.

METMalaysia memaklumkan penilaian awal mendapati kejadian tersebut tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.