Tunku Aminah beri penghormatan terakhir

Foto Media Digital Johor

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama paduka adinda Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Pengelola Bijaya Diraja Istana Johor Brigadier Jeneral (B) Datuk Ali Musa yang meninggal dunia pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Ar-Raudhah, Mount Austin.
  • Allahyarham, 83, menghembuskan nafas terakhir di kediaman pada jam 10 pagi, ditemani isteri dan tiga anak.
  • Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengelola Bijaya Diraja Istana Johor dan dikenang atas jasa serta sumbangan kepada institusi diraja.

Keberangkatan tiba paduka anakanda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru itu disambut adik Allahyarham Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa serta ahli keluarga dan sanak saudara.

Foto FB The Royal Johor

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir bersama pegawai dan petugas Istana Johor.

“Jenazah Allahyarham kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Ar-Raudhah, Mount Austin,” menurut hantaran dalam Facebook The Royal Johor, hari ini.

Ali, 83, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada 10 pagi tadi dengan ditemani isteri Datin Robiah Rafeah Abdul Kadir serta tiga anak mereka.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengelola Bijaya Diraja Istana Johor dan dikenang atas jasa serta sumbangannya kepada institusi diraja negeri Johor.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.