Piala Dunia : Gol lewat Kamada ikat Belanda 2-2

Jepun mencuri tumpuan Kumpulan F apabila berjaya mengikat pasukan ranking kesembilan dunia, Belanda

ARLINGTON, 15 Jun – Jepun mencuri tumpuan dalam Kumpulan F apabila berjaya mengikat pasukan ranking kesembilan dunia, Belanda dengan keputusan 2-2.

RINGKASAN BERITA AI
  • Belanda menguasai babak pertama dengan 69 peratus penguasaan bola namun gagal menembusi benteng pertahanan Jepun.
  • Virgil van Dijk membuka jaringan pada minit ke-51 menerusi tandukan tepat.
  • Keito Nakamura menyamakan keadaan pada minit ke-57 dengan rembatan kencang.
  • Daichi Kamada menjadi penyelamat Jepun dengan gol penyamaan pada minit ke-89.

Skuad kendalian Ronald Koeman menguasai babak pertama dengan 69 peratus penguasaan bola, namun gagal menembusi benteng pertahanan Samurai Biru.

Belanda akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-51 menerusi tandukan tepat Virgil van Dijk untuk membuka tirai jaringan.

Jepun kemudian bangkit memperkemaskan permainan sebelum Keito Nakamura menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang pada minit ke-57.

Bagaimanapun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Crysensio Summerville kembali meletakkan Belanda di hadapan selepas menyempurnakan peluang dari dalam kotak penalti.

Ketika Belanda dilihat semakin hampir meraih kemenangan, Daichi Kamada muncul penyelamat Jepun menerusi gol penyamaan pada minit ke-89 untuk perlawanan berakhir seri, 2-2.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.