Teknologi BIM pacu transformasi industri pembinaan negara

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Penggunaan teknologi berkaitan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam industri pembinaan negara terus menunjukkan perkembangan positif.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tahap kompetensi dan keupayaan teknikal pelaksana BIM masih menjadi cabaran utama dalam industri pembinaan.
  • UMPSA menubuhkan myBIM Centre untuk membangunkan ekosistem BIM komprehensif bagi menyokong pembangunan bakat dan perundingan industri.
  • Fokus utama myBIM ialah latihan bakat, konsultansi bersama industri, inovasi serta pendidikan untuk memperkasa pelaksanaan projek.
  • Melalui kerjasama universiti dan industri, inovasi dihasilkan terus di lapangan bagi mempercepat transformasi digital industri pembinaan.

Pengarah Pusat Inovasi dan Pangkalan Ilmu, Building Information Modelling ( BIM Centre ) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Madya Dr Ahmad Tarmizi Haron berkata, walaupun kesedaran terhadap BIM semakin meningkat dalam kalangan pemain industri, tahap kompetensi serta keupayaan teknikal melaksanakannya secara menyeluruh masih menjadi cabaran utama.

Justeru, ke arah usaha menjadikan Malaysia hab pembinaan pintar di rantau ini, UMPSA mengambil pendekatan membangunkan ekosistem BIM yang komprehensif menerusi penubuhan myBIM Centre yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, perundingan industri, inovasi serta transformasi industri.

Melalui platform seperti myBIM Centre dan rangkaian Satelit myBIM di seluruh negara, ia sekali gus menyokong dan perkukuh aspirasi pendigitalan industri pembinaan negara.

“Dalam konteks kita, pendekatan kita di universiti ini, kita tubuhkan BIN Center. Jadi, BIN Center ini kita fokus pada empat aspek utama.

“Satu ialah pembangunan bakat yang melibatkan latihan. Kemudian yang kedua, kita ada perundingan, bermaksud kita melakukan sendiri kerja bersama industri.

“Syarikat kitalah yang menjadi pihak pemegang (holding).

“Kemudian yang ketiga pula, kita ada inovasi dan juga pendidikan. Yang keempat ialah kita membantu transformasi industri.

“Melalui ekosistem yang selengkap sebegini, kita bersama dengan industri bukan lagi setakat berada dalam kelas, sebaliknya kita berada di lapangan bersama-sama melaksanakan projek, melakukan inovasi dan dari situ, kita mula menghasilkan inovasi yang boleh membantu industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.