Selat Hormuz kini ditutup sepenuhnya

Dua kapal yang cuba melalui Selat Hormuz secara haram telah diserang

TEHRAN, 11 Jun – Selat Hormuz kini ditutup sepenuhnya dan Iran bakal menyasarkan mana-mana kapal yang cuba transit dari selat berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kor Pengawal Revolusi Iran menyerang dua kapal yang cuba melalui laluan strategik secara haram.
  • CENTCOM melancarkan serangan pertahanan diri tambahan ke atas beberapa sasaran di Iran atas arahan Presiden Donald Trump.
  • Ribuan penduduk pantai selatan Iran terputus bekalan air selepas kemusnahan tangki, suhu pesisir dilapor melebihi 30 darjah Celsius.

Keputusan berkenaan, susulan “pencerobohan Amerika” serta serangan ke atas kawasan di wilayah Hormozgan.

Agensi berita Tasnim ketika memetik pusat Khatam al-Anbiya memaklumkan semua pergerakan kapal yang cuba melalui laluan strategik tersebut bakal menjadi sasaran. Laluan strategik itu ditutup termasuk kapal tangki minyak dan komersial, berikutan ketidakstabilan di rantau ini.

Sementara itu, Kor Pengawal Revolusi Iran memberitahu dua kapal yang cuba melalui Selat Hormuz secara haram telah diserang.

Terdahulu, Komando Pusat Amerika Syarikat Amerika (CENTCOM) melancarkan “serangan pertahanan diri tambahan” ke atas pelbagai sasaran di Iran atas arahan Presiden Donald Trump.

Berikutan serangan berkenaan, ribuan penduduk di kawasan pantai selatan Iran terputus bekalan air.

Media Iran turut menyiarkan foto kemusnahan tangki takungan air dengan suhu di kawasan pesisir pantai selatan Iran ketika ini dilaporkan melonjak jauh melebihi 30 darjah Celsius.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth pula memberi bayangan serangan itu mungkin berlanjutan ke malam ketiga.

Pertempuran antara Amerika dan Iran kembali tercetus, sekali lagi menguji perjanjian gencatan senjata rapuh yang telah berkuat kuasa sejak April lepas. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.