Bantah pembinaan kuarantin Ebola : Seorang maut, lebih 50 yang lain ditahan

Kepulan tebal gas pemedih mata menyelubungi beberapa kawasan

NANYUKI, 10 Jun – Seorang maut manakala lebih 50 penunjuk perasaan ditahan ketika demonstrasi terbaharu membantah pembinaan kemudahan kuarantin Ebola yang disokong Amerika Syarikat (AS) di Pangkalan Udara Laikipia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gas pemedih mata dilepaskan, menyelubungi masjid dan jalan ketika penunjuk perasaan bersurai melalui kawasan komersial.
  • Pemimpin tempatan, menurut Senator Kinyua, tidak dimaklumkan sebelum pembinaan, menimbulkan kebimbangan tentang ketelusan dan rundingan awam.
  • Penduduk mengancam terus menentang projek kerana bimbang ia menjejaskan keselamatan awam, pelancongan dan sumber pendapatan.
  • Mahkamah Tinggi menggantung operasi dan memerintahkan pendedahan perjanjian, manakala Kedutaan AS menegaskan kemudahan itu selamat.

Gas pemedih mata dilepaskan ketika kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis antirusuhan.

Kepulan tebal gas pemedih mata menyelubungi beberapa kawasan, termasuk sebuah masjid berhampiran dan jalan-jalan sekitar, ketika para penunjuk perasaan bersurai melalui kawasan komersial.

Bercakap kepada media, Senator Laikipia, John Kinyua memberitahu pemimpin tempatan tidak dimaklumkan mengenai kemudahan itu sebelum pembinaannya bermula, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai ketelusan dan proses perundingan awam.

“Pegawai daerah, termasuk wakil rakyat dan kerajaan daerah, hanya mengetahui mengenai projek itu selepas kerja-kerja pembinaan telah dimulakan.

“Penduduk dan pemimpin tempatan berikrar untuk terus menentang kemudahan itu kerana berpendapat boleh menimbulkan risiko keselamatan awam, sektor pelancongan dan sumber pendapatan penduduk setempat.

“Kumpulan penunjuk perasaan juga menuduh kerajaan mengabaikan kebimbangan masyarakat serta perintah mahkamah yang menggantung projek terbabit,”jelasnya.

Kemudahan Ebola itu terletak di Laikipia Air Base, kira-kira 8 kilometer dari Nanyuki, yang terletak sekitar 200 kilometer di utara Nairobi.

Ketegangan terbaharu itu berlaku walaupun terdapat perintah daripada Mahkamah Tinggi yang menggantung operasi kemudahan terbabit dan mengarahkan kerajaan mendedahkan perjanjian yang menjadi asas kepada projek berkenaan.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kenya sebelum ini telah cuba meyakinkan penduduk yang kemudahan pengasingan biologi itu tidak mendatangkan bahaya kepada komuniti berhampiran dan merupakan sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk membendung wabak Ebola di rantau berkenaan.

Dalam demostrasi sebelum ini, dua individu dilapor telah terbunuh. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.