Padah jadi ‘Keldai Akaun’: Empat didenda, dua lagi berdepan perbicaraan

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 3 Jun Tindakan menjadi ‘keldai akaun’ kepada sindiket penipuan akhirnya membawa padah apabila empat individu dikenakan denda antara RM450 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh mengaku memindahkan sehingga RM2,500 di beberapa lokasi antara 18 Jun hingga 19 Okt, menyumbang kepada kerugian RM192,084.
  • Dua lagi dituduh menyalahgunakan akaun syarikat, menyeleweng RM30,000 dan RM157,000 bagi kepentingan sendiri.
  • Mahkamah ikat jamin RM5,000 dan RM10,000; sebut semula kes 2 Julai; pendakwaan di bawah Seksyen 424.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd. Zamir Suhaimee dan Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim selepas didapati membantu mengalihkan wang milik mangsa penipuan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka secara tidak jujur memindahkan wang sehingga RM2,500 di beberapa lokasi sekitar Johor Bahru antara 18 Jun hingga 19 Oktober tahun lalu, sekali gus menyumbang kepada kerugian keseluruhan berjumlah RM192,084.

Dalam perkembangan sama, dua lagi individu berusia antara 22 hingga 50 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berasingan melibatkan penyalahgunaan akaun bank syarikat.

Mereka didakwa menggunakan akaun tersebut tanpa tujuan sah serta menyeleweng wang berjumlah RM30,000 dan RM157,000 bagi kepentingan sendiri.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan di Ulu Tiram antara 18 Disember 2023 hingga 29 Jun tahun lalu.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM5,000 dan RM10,000, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Julai ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Nevina dan Nurul Syafiqah Sha’ari mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.