Kuota BUDI95 kekal 200 liter

Tiada perubahan had bulanan BUDI95

Kuala Lumpur, 1 Jun – Kuota bulanan BUDI95 kekal, 200 liter sebulan bagi pengguna yang layak dan tiada sebarang perubahan terhadap had bulanan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Paparan had 150 liter yang dilihat sebahagian pengguna malam tadi berpunca daripada ralat teknikal sistem.
  • Ralat berkenaan telah dikenal pasti dan pembetulan telah dibuat oleh pihak berkenaan.
  • Kementerian akan pastikan pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar, telus dan teratur; BUDI95 memberi subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter.

Kementerian Kewangan menjelaskan paparan had bulanan BUDI95 sebanyak 150 liter yang dilihat sebahagian pengguna, malam tadi, berpunca daripada ralat teknikal sistem.

“Ralat berkenaan telah dikenal pasti dan dibuat pembetulan.

“Kementerian akan terus memastikan pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar, telus serta teratur. Kekeliruan amat dikesali,”menurut kenyataan.

Program BUDI95 merupakan bantuan subsidi petrol bersasar kerajaan, yang membolehkan rakyat menikmati harga RON95 bersubsidi pada kadar tetap RM1.99 seliter.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.