China lancar satelit ujian teknologi internet baharu

FOTO REUTERS

CHINA, 31 Mei – China berjaya melancarkan satelit ujian baharu bagi teknologi internet ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di Wilayah Sichuan, barat daya negara itu, awal pagi Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Satelit untuk ujian dan pengesahan pelbagai teknologi komunikasi angkasa.
  • Termasuk sambungan jalur lebar terus antara satelit dan telefon bimbit.
  • Misi tersebut merupakan penerbangan ke-646 bagi siri roket pembawa Long March.

Menurut pihak berkuasa China, satelit itu memasuki orbit pada pukul 2.07 pagi waktu Beijing dengan menggunakan roket pembawa Long March-2D.

“Satelit itu akan digunakan untuk melaksanakan ujian serta pengesahan pelbagai teknologi, termasuk sambungan jalur lebar secara langsung antara satelit dan telefon bimbit.

“Selain integrasi rangkaian komunikasi antara angkasa lepas dan bumi,” menurut laporan China Central Television (CCTV).

Pelancaran tersebut merupakan misi penerbangan ke-646 bagi siri roket pembawa Long March milik China. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.