KDN sumbang 50 ekor lembu korban, bantu hampir 5,000 penduduk

Foto RTM

KULIM, 30 Mei -Kementerian Dalam Negeri menyumbangkan sebanyak 50 ekor lembu kepada enam kariah masjid dan surau di sekitar Padang Serai serta Bandar Baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Daging korban diagihkan kepada hampir 5,000 penduduk kurang berkemampuan di daerah berkenaan.
  • Nama asnaf dan fakir miskin dikenal pasti supaya mereka dapat bersama melaksanakan ibadah korban; lebihan daging diedarkan.
  • Ibadah korban diteruskan secara gotong-royong bersama agensi keselamatan, RELA dan penduduk sejak 2018 untuk meringankan beban masyarakat miskin.

Daging korban itu diagihkan kepada hampir 5,000 penduduk kurang berkemampuan di daerah berkenaan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Omar Moktar Abd Manaf berkata, pihaknya turut mengenal pasti beberapa penduduk setempat yang terdiri daripada golongan asnaf dan fakir miskin sebagai peserta korban.

“Kita juga menerima nama masyarakat setempat yang merupakan sebahagian daripada peserta, terdiri daripada golongan asnaf dan fakir miskin. Mereka agak kurang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah ini sendiri.

“Justeru kami berusaha mendapatkan beberapa sumbangan agar masyarakat yang kurang berkemampuan turut dapat bersama-sama terlibat dalam ibadah yang cukup bermakna ini. Sebahagian lebihan daging pula diedarkan kepada masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita, di sini.

Ibadah korban itu dijalankan secara gotong-royong dengan kerjasama agensi keselamatan dan ketenteraman awam, termasuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk setempat.

“Daging korban ini dapat memberi manfaat kepada golongan fakir miskin serta mereka yang berhak menerimanya. Program seperti ini telah dilaksanakan sejak tahun 2018 sebagai usaha membantu meringankan beban, khususnya masyarakat miskin.

“Walaupun diadakan hanya setahun sekali, sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan beban mereka dalam mendapatkan keperluan makanan asas,” menurut Ketua Pengarah RELA terkini Datuk Rosli Yaakub.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.