
KUALA LUMPUR, 27 Mei – Tindakan Israel yang terus melancarkan serangan ke atas Lubnan walaupun gencatan senjata telah dipersetujui disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap sambutan Aidiladha.
- Aidiladha membawa makna pengorbanan dan perpaduan ummah; pelanggaran semangat keamanan dianggap bertentangan dengan nilai tersebut.
- Keadaan memperlihatkan ketidakonsistenan komuniti antarabangsa dalam memastikan keamanan sejagat dipelihara.
- Tindakan berterusan berpotensi mencetus tindak balas Hizbollah dan memberi kesan kepada ekonomi global, termasuk peningkatan harga minyak.
- Malaysia akan menekan melalui OIC dan PBB supaya genjatan senjata dihormati serta utusan antarabangsa diiktiraf, bukan keputusan sebelah pihak.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, Aidiladha merupakan sambutan yang membawa makna pengorbanan serta perpaduan ummah, namun tindakan rejim Zionis mencabuli semangat keamanan yang dipersetujui sebelum ini.
Situasi itu turut memperlihatkan komuniti antarabangsa yang tidak konsisten dalam memastikan keamanan sejagat terus dipelihara.
Beliau berkata, tindakan tersebut berpotensi mencetuskan tindak balas daripada Hizbollah, selain dikhuatiri memberi kesan terhadap ekonomi global termasuk peningkatan harga minyak dunia.
“Bagi Malaysia, tekanan secara berterusan akan terus dilakukan menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan genjatan senjata ini dihormati.
“Ia juga bagi mengiktiraf utusan komuniti antarabangsa dan bukannya membolehkan Israel membuat sesuatu keputusan yang melangkaui sesuatu yang telah dipersetujui selama ini,” katanya ketika dihubungi RTM.