
PUTRAJAYA, 27 Mei -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersama ribuan jemaah menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Putra, di sini, pagi ini.
- Khutbah bertajuk "Pengorbanan Menuntut Keikhlasan" disampaikan Dr. Muhamad Zakuwa Rodzali.
- Menampilkan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai teladan menghadapi ujian dengan reda dan keyakinan kepada Allah.
- Mimbar menegaskan ibadah korban dan haji bukan sekadar ritual tetapi wadah membentuk jiwa ikhlas.
- Sebelum beredar, Perdana Menteri menitipkan ucapan Aidiladha kepada jemaah.
Khutbah Aidiladha bertajuk “Pengorbanan Menuntut Keikhlasan” yang disampaikan oleh Dr. Muhamad Zakuwa Rodzali menampilkan kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. sebagai teladan agung dalam menghadapi ujian serta melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh reda dan keyakinan.
Mimbar turut menegaskan bahawa ibadah korban dan haji bukan sekadar ritual, sebaliknya wadah membentuk jiwa yang lebih ikhlas, menjauhi sifat mementingkan diri serta menyemai nilai kasih sayang, perkongsiandan ketakwaan.
Sebelum beredar dari masjid, Perdana Menteri sempat menitipkan ucapan Aidiladha kepada jemaah yang hadir.