Versi baharu WCE App perkukuh pengalaman pengguna

Versi baharu aplikasi WCE App

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) hari ini memperkenalkan versi baharu aplikasi WCE App sebagai nilai tambah sekali gus memperkukuh pengalaman pengguna lebuh raya itu dengan pelbagai ciri digital yang dipertingkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panduan arah dan navigasi terus dengan satu klik untuk memudahkan perancangan perjalanan dan persinggahan
  • Paparan trafik masa nyata, termasuk kamera CCTV dan kemaskini gangguan untuk pemantauan keadaan lebuh raya
  • Fungsi navigasi pintar serta 'WCE Assistant' berasaskan AI membantu memilih laluan terbaik dan semakan kadar tol
  • Maklumat lokasi R&R, pengecas kenderaan elektrik, plaza tol, nombor kecemasan, dan info kemalangan serta penutupan jalan

Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix berkata, penambahbaikan aplikasi itu merupakan usaha berterusan pihaknya dalam memanfaatkan teknologi digital bagi memberi maklumat yang tepat kepada pengguna.

“Versi baharu WCE App turut membantu pengguna meneroka lokasi tarikan pelancongan, mercu tanda bersejarah, hotel dan restoran sepanjang jajaran WCE.

“Dengan hanya satu klik pada destinasi pilihan, aplikasi akan memaparkan panduan arah serta navigasi perjalanan secara terus bagi memudahkan perancangan perjalanan dan persinggahan,” menurut kenyataan itu.

Selain memaparkan maklumat trafik masa nyata, aplikasi berkenaan turut dilengkapi fungsi navigasi pintar bagi membantu pengguna memilih laluan terbaik untuk ke destinasi mereka dengan lebih lancar.

Antara ciri lain adalah termasuk paparan kamera litar tertutup (CCTV) di lebuhraya dengan masa nyata, kemaskini trafik, “WCE Assistant” berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta semakan kadar tol bagi setiap perjalanan.

Turut ditambah baik dalam aplikasi berkenaan termasuk maklumat lokasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan lokasi pengecas kenderaan elektrik (EV).

Selain itu, terdapat juga maklumat plaza tol, paparan nombor telefon kecemasan, info kemalangan termasuk gangguan trafik dan maklumat penutupan sementara jalan.

Pelancaran aplikasi versi baharu itu mencerminkan komitmen dalam memperkukuh teknologi dan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna lebuh raya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.