Banjaran Nakawan lambang keindahan semula jadi Perlis

Majlis Pelancaran Penerbitan dan Dokumentari ‘NAKAWAN – Nadi Bumi Perlis’

KANGAR, 25 Mei – Banjaran Nakawan perlu terus dipelihara sebagai ‘Nadi Bumi Perlis’ sekali gus mengekalkan lambang keindahan alam semula jadi serta kekuatan warisan negeri itu untuk generasi kini dan akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tuanku Syed Sirajuddin bertitah usaha pemuliharaan dan pembangunan lestari memberi manfaat berpanjangan serta mengangkat Perlis sebagai destinasi ekopelancongan.
  • Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra membacakan titah sempena pelancaran penerbitan dan dokumentari di Kangar.
  • Dokumentari terbitan Roots & Shoots Malaysia menelusuri 36 kilometer banjaran batu kapur dari Wang Kelian ke Kuala Perlis.
  • Ia memaparkan kehidupan masyarakat setempat, tradisi warisan dan keunikan landskap semula jadi yang subur.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, segala usaha pemuliharaan dan pembangunan lestari yang dilaksanakan mampu membawa manfaat berpanjangan kepada rakyat serta mengangkat negeri Perlis sebagai destinasi ekopelancongan bertaraf dunia.

Titah ucapan Tuanku Raja Perlis dibacakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mewakili baginda sempena Majlis Pelancaran Penerbitan dan Dokumentari ‘NAKAWAN – Nadi Bumi Perlis’ yang berlangsung di Kangar.

Usaha dokumentasi itu juga memainkan peranan penting bagi memastikan warisan ilmu dan kisahnya terus direkodkan serta diwariskan kepada generasi
masa hadapan.

Dokumentari yang diterbitkan Roots & Shoots Malaysia, menelusuri perjalanan sepanjang 36 kilometer banjaran batu kapur tertua di Malaysia bermula dari Wang Kelian hingga ke Kuala Perlis.

Ia turut memaparkan siri penceritaan menyentuh kehidupan masyarakat setempat, tradisi warisan, serta keunikan landskap semula jadi yang subur di sekitar Banjaran Nakawan.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.