PM tinjau operasi HKL, santuni pesakit dan petugas kesihatan

FOTO FB ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau operasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta menyantuni pesakit dan orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkongsian Facebook: lawatan memberi peluang bertanya khabar dan melihat operasi hospital.
  • Menitip doa agar pesakit diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan sepanjang menerima rawatan.
  • Menghargai warga kesihatan HKL yang komited menjalankan tugas dengan penuh sabar dan belas ihsan.
  • Menyatakan terima kasih atas pengorbanan besar petugas dalam menjaga nyawa serta kebajikan rakyat setiap hari.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata lawatan itu turut memberi peluang untuk beliau bertanya khabar, selain melihat sendiri keadaan operasi di hospital utama negara itu.

Datuk Seri Anwar juga menitipkan doa agar semua pesakit diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menerima rawatan.

“Doa saya agar mereka diberikan kesembuhan, dipermudah segala urusan dan terus dikurniakan kekuatan,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada warga kesihatan HKL yang disifatkan terus komited menjalankan tugas dengan penuh sabar dan ihsan demi menjaga kebajikan rakyat.

“Terima kasih kepada seluruh petugas kesihatan HKL yang terus berkhidmat dengan penuh sabar, belas ihsan dan pengorbanan yang besar demi menjaga nyawa serta kebajikan rakyat setiap hari,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.