Rupee India jatuh ke paras terendah baharu berbanding Dolar AS

Rupee India merosot ke paras terendah. Foto AFP

HYDERABAD, 19 Mei – Rupee India pada Selasa merosot ke paras terendah baharu, meneruskan trend penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Rupee berada di bawah tekanan susulan kesan serangan Israel di Semenanjung Gaza terhadap ekonomi India.
  • Ia ditutup pada paras 96.53 selepas mencecah 96.61 bagi setiap dolar semasa dagangan harian.
  • Paras penutupan terendah sebelumnya ialah 96.34 pada Isnin.
  • Perdana Menteri Narendra Modi menyeru rakyat jimatkan pertukaran asing dengan kurangkan bahan api, elak pembelian emas dan perjalanan luar negara.

Rupee berada di bawah tekanan susulan kesan buruk serangan Israel di Semenanjung Gaza terhadap ekonomi India.

Ia ditutup pada paras 96.53 pada Selasa selepas mencecah 96.61 bagi setiap dolar semasa dagangan harian.

Paras penutupan terendah sebelumnya ialah 96.34 pada Isnin.

Perdana Menteri India Narendra Modi baru-baru ini meminta rakyat menjimatkan pertukaran asing dengan mengurangkan penggunaan bahan api serta mengelakkan pembelian emas dan perjalanan ke luar negara. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.