Lapan maut dalam insiden tembakan di stesen bas di Mesir

Foto tular di media sosial berkaitan kejadian tembakan berhampiran stesen bas di Abnub.

KAHERAH, 19 Mei – Seorang lelaki di Mesir menembak mati lapan orang dalam kejadian di sebuah stesen bas, menurut Kementerian Dalam Negeri pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

RINGKASAN BERITA AI
  • Insiden di Abnub, kira-kira 300 kilometer selatan Kaherah di wilayah Assiut, menyebabkan lima orang cedera.
  • Pelaku melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai di stesen bas pada petang Isnin.
  • Pasukan keselamatan menjejaki suspek di tanah pertanian; dia terbunuh ketika berbalas tembakan dengan polis.
  • Siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah kesihatan mental dan pernah dirawat di hospital psikiatri; pendakwa raya menyiasat.

Insiden di Abnub, kira-kira 300 kilometer ke selatan Kaherah di wilayah Assiut itu menyebabkan lima yang lain cedera.

Menurut kementerian itu, pelaku melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai yang lalu lalang di stesen bas pada petang Isnin.

Pasukan keselamatan kemudian menjejakinya di tanah pertanian sebelum lelaki itu terbunuh ketika berbalas tembakan dengan polis.

Menurut siasatan awal, suspek mengalami masalah kesihatan mental sejak sekian lama dan telah dirawat di hospital psikiatri di Kaherah, menurut kementerian.

Pejabat pendakwa raya sedang menyiasat kes itu. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.