SKDS diperluas ke Sabah, Sarawak dan Labuan

Fasa awal peluasan bermula 4 Mei/Foto RTM

KOTA KINABALU, 16 Mei – Pelaksanaan penyaluran subsidi bahan api diesel bagi sektor pengangkutan darat barangan melalui Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) akan diperluas ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • SKDS diperluas ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk sektor pengangkutan darat barangan.
  • Permohonan pendaftaran dibuka untuk syarikat pengangkutan darat barangan menyertai SKDS.
  • 23 kategori kenderaan layak nikmati subsidi diesel pada kadar RM2.15 seliter; KPDN akan meluluskan permohonan lengkap cepat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan, fasa awal peluasan itu bermula 4 Mei, membabitkan permohonan pendaftaran menyertai SKDS bagi syarikat-syarikat pengangkutan darat barangan.

“23 kategori kenderaan pengangkutan darat barangan layak menikmati harga subsidi diesel dengan kadar semasa bagi SKDS sektor pengangkutan darat barangan iaitu RM2.15 seliter,”katanya dalam sidang media di sini.

Beliau turut menyatakan KPDN akan meluluskan permohonan yang lengkap dalam masa singkat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.