Guru nadi bentuk generasi masa depan negara

Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik bersempena sambutan Hari Guru 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Guru menjadi faktor penentu kejayaan individu seperti doktor, jurutera, usahawan dan pemimpin.
  • Jasa guru sentiasa terpahat walaupun nama mereka jarang disebut.
  • Tema Hari Guru 2026, Guru Bitara Nadi Negara, menghargai pengorbanan dan keikhlasan pendidik.
  • Guru ialah nadi ilmu yang membentuk generasi berilmu, beradab dan pemimpin masa depan negara.

Beliau berkata disebalik kejayaan seseorang sama ada sebagai doktor, jurutera, usahawan, pemimpin atau individu berjaya, pasti ada guru yang sabar mendidik dan membentuk peribadi mereka.

“Seorang guru mungkin tidak selalu disebut namanya, tetapi jasanya sentiasa terpahat dalam kehidupan anak-anak didiknya.

“Dalam tegasnya ada kasih, dalam penatnya ada tanggungjawab dan dalam setiap ilmu yang dicurahkan, ada harapan besar untuk melihat anak bangsa berjaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurutnya, tema sambutan Hari Guru 2026, “Guru Bitara Nadi Negara”, mencerminkan penghargaan terhadap pengorbanan dan keikhlasan warga pendidik dalam membentuk generasi masa depan negara.

“Guru merupakan nadi yang menggerakkan kekuatan ilmu dan mencorakkan masa depan bangsa. Tanpa guru, tidak akan lahir generasi yang berilmu, beradab dan mampu memimpin negara ke arah lebih baik,” katanya.

Sementara itu, bandar raya Ipoh, Perak menjadi tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.