
SHAH ALAM, 14 Mei -Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menyaksikan majlis penyerahan kenderaan serta pemeteraian kerjasama strategik antara Yayasan Raja Muda Selangor dan Bermaz Auto Berhad, di sini.
- Ketibaan baginda disambut oleh Ketua Kumpulan Jualan Bermaz Auto, Datuk Shamsuddin Amran.
- Baginda meluangkan kira-kira satu jam meninjau fasiliti pusat latihan dan beramah mesra bersama pelajar.
- Seramai 20 pelajar dari dua sekolah menyertai program memberi pendedahan awal serta menarik minat terhadap TVET.
Ketibaan baginda disambut oleh Ketua Kumpulan Jualan Bermaz Auto, Datuk Shamsuddin Amran.
Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bagi meninjau fasiliti di pusat latihan berkenaan serta beramah mesra bersama para pelajar.
Seramai 20 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun menyertai program itu yang memberi pendedahan awal dalam usaha menarik minat terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Baginda turut menyaksikan penyerahan sebuah kenderaan rasmi kepada Yayasan Raja Muda Selangor bagi kegunaan logistik serta pelaksanaan program komuniti dan pendidikan di seluruh negeri.
Kenderaan itu menampilkan corak khas bertemakan topografi Jugra sebagai simbol warisan dan kesinambungan budaya negeri Selangor.