
KUALA LUMPUR, 3 Mei– Pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 dilihat sebagai kubu perundangan dalam memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera terus diperkasa.
- Hala tuju MARA mesti kekal konsisten memartabatkan Bumiputera tanpa dipengaruhi pertukaran kepimpinan.
- Pemegang amanah perlu mencegah ketirisan dan kebocoran dana serta penyalahgunaan aset kerajaan.
- Pindaan Akta MARA akan dibentang di Parlimen untuk mengukuhkan tadbir urus dan pengurusan lebih ketat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu penting dalam memastikan hala tuju MARA kekal konsisten memartabatkan Bumiputera tanpa dipengaruhi faktor pertukaran kepimpinan.
“Kita pemegang amanah. Jadi ia harus dilakukan dengan sepenuhnya agar tidak berlaku lagi ketirisan dan kebocoran dana-dana yang diperuntukkan kerajaan selama ini yang melibatkan dana dan aset yang begitu besar.
“Jangan pernah merungkai amanah yang pernah diberi kerajaan kerana kita ada amanah yang harus dipikul, dirangkul kerana ia amanah rakyat Malaysia secara keseluruhan,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di ibu negara.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid turut memberi pindaan Akta MARA 1966 akan dibentangkan dalam sidang Parlimen tahun ini, yang memberi fokus kepada pengukuhan tadbir urus serta
pengurusan MARA yang lebih ketat.