
HORSENS, 27 April – Aksi Piala Thomas dan Uber 2026 di Forum Horsens menyaksikan beberapa pasukan pilihan mencatat keputusan memberangsangkan, semalam.
- Thailand menang 5-0 ke atas Sepanyol dalam Piala Uber, Supanida Katethong membuka mata dengan kemenangan 21-6 ke atas Cristina Teruel.
- Korea Selatan membenam Bulgaria 5-0 dalam Piala Uber, gandingan Baek Ha-na dan Lee So-hee memastikan kemenangan mutlak.
- Dalam Piala Thomas, Denmark menang 4-1 ke atas Sweden; Indonesia tewas cabaran sengit Thailand sebelum menang 3-2 dan kini memimpin Kumpulan D.
Dalam saingan Piala Uber menyaksikan Thailand mencatat kemenangan bergaya 5-0 menewaskan Sepanyol dalam aksi Kumpulan D dengan mata awal diperoleh menerusi Supanida Katethong yang menewaskan Cristina Teruel dengan keputusan 21-6.
Dalam saingan kumpulan sama turut menyaksikan Korea Selatan tidak berdepan masalah apabila membenam Bulgaria 5-0.
Gandingan Baek Ha-na dan Lee So-hee memastikan kemenangan mutlak.
Sementara itu, dalam saingan Piala Thomas melibatkan Kumpulan C dan D menyaksikan tuan rumah Denmark dan Indonesia berjaya meraih kemenangan menewaskan lawan masing-masing semalam.
Denmark menang dengan keputusan 4-1 menewaskan Sweden dalam aksi Kumpulan C manakala Indonesia diberikan tentangan sengit oleh Thailand dalam perlawanan Kumpulan D sebelum menang dengan keputusan 3-2.
Indonesia kini muncul pendahulu Kumpulan D dengan dua kemenangan manakala Denmark dilihat berpotensi melangkah ke suku akhir kejohanan selepas berada di kedudukan teratas Kumpulan C.
Berdasarkan format kejohanan dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke saingan suku akhir kejohanan. – REUTERS