Selat Hormuz: Semua kapal digesa tingkat keselamatan

Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO)/ REUTERS

LONDON, 21 April Situasi di perairan berhampiran Selat Hormuz masih berisiko, sehubungan itu semua kapal di kawasan tersebut digesa supaya meningkatkan tahap berjaga-jaga.

RINGKASAN BERITA AI
  • 24 serangan disahkan setakat 19 April, mengakibatkan 10 kru kapal terkorban.
  • IMO menggesa meredakan ketegangan, meneruskan dialog dan memperkukuh kerjasama pelbagai hala bagi keselamatan maritim.
  • Iran dakwa tindakan AS melanggar gencatan senjata dan mengancam pelabuhan serta kapal Iran, menggagalkan pemulihan perkapalan.
  • CENTCOM mendakwa 27 kapal diarahkan berpatah balik; Lloyd’s List lapor sekurang-kurangnya 26 kapal selamat menggunakan laluan.

Jurucakap Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) menerusi kenyataan memaklumkan, ebanyak 24 serangan terhadap kapal di perairan terjejas telah disahkan setakat 19 April, yang mengakibatkan 10 kru kapal terkorban.

“Situasi masih tidak stabil. Kapal-kapal perlu mengambil langkah berjaga-jaga maksimum dan tidak mengambil risiko tanpa jaminan keselamatan,” menurut kenyataan jurucakap itu.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan di laman web IMO, sebanyak 24 serangan terhadap kapal di perairan terjejas telah disahkan setakat 19 April, yang mengakibatkan 10 kru kapal terkorban.

IMO, iaitu agensi khusus bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab terhadap keselamatan dan sekuriti maritim serta pencegahan pencemaran laut dan atmosfera kapal, menggesa supaya semua pihak meredakan ketegangan, meneruskan dialog serta memperkukuh kerjasama pelbagai hala berhubung situasi di Selat Hormuz.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei mendakwa tindakan Amerika Syarikat yang berulang kali melanggar perjanjian gencatan senjata serta mengancam pelabuhan dan kapal Iran menyebabkan usaha pemulihan operasi perkapalan tidak berjaya dicapai.

Pada hari sama, Pemerintah Pusat AS (CENTCOMM) mendakwa dalam satu hantaran media sosial bahawa pasukan Amerika Syarikat telah mengarahkan 27 kapal untuk berpatah balik atau kembali ke pelabuhan Iran sejak sekatan terhadap laluan perkapalan di Selat Hormuz bermula pada 13 April.

Bagaimanapun, menurut laporan Lloyd’s List, sekurang-kurangnya 26 kapal yang terlibat dalam perkapalan Iran selamat menggunakan laluan tersebut.- REUTERS