Al-Nassr catat 15 kemenangan berturut-turut, kekal dominan

Perlawanan antara Al-Nassr dan Al-Ettifaq di Riyadh/ AFC

RIYADH, 16 April – Pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Nassr melanjutkan rekod kemenangan terpanjang dalam sejarah liga berkenaan kepada 15 perlawanan berturut-turut selepas menewaskan Al-Ettifaq FC 1-0 di laman sendiri, pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gol kemenangan disumbang Kingsley Coman selepas percubaan Cristiano Ronaldo ditepis penjaga gol dan disambar dalam kekalutan di hadapan gawang.
  • Al-Nassr terus mengungguli carta dengan 76 mata daripada 29 perlawanan, lapan mata di hadapan Al-Hilal yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
  • Secara keseluruhan, Al-Nassr merekod 17 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan termasuk dua kemenangan dalam AFC Champions League Februari lalu.

Gol tunggal perlawanan hadir menerusi situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol apabila percubaan Cristiano Ronaldo berjaya ditepis penjaga gol sebelum disambar Kingsley Coman untuk jaringan kemenangan.

Kemenangan itu menyaksikan Al-Nassr terus mengungguli carta liga dengan 76 mata daripada 29 perlawanan, lapan mata di hadapan pencabar terdekat, Al-Hilal SFC yang masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Secara keseluruhan, Al-Nassr kini mencatat 17 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, termasuk dua kemenangan dalam AFC Champions League pada Februari lalu.- REUTERS