
PYONGYANG, 14 April – Korea Utara sekali lagi melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu kruis strategik dan peluru berpandu antikapal perang pada Ahad sebagai sebahagian daripada ujian kecekapan operasi kapal pemusnah Choe Hyon, menurut stesen televisyen milik kerajaan, KRT.
- Pemimpin Kim Jong Un memantau ujian bersama pegawai kanan pertahanan dan komander tentera laut selepas membuat pemeriksaan.
- Dua peluru berpandu kruis dan tiga peluru berpandu antikapal dilancarkan untuk menguji sistem arahan senjata bersepadu serta melatih kru.
- Peluru berpandu mencatat penerbangan panjang dan mengenai sasaran dengan ketepatan ultra tinggi, mengesahkan keupayaan navigasi yang dinaik taraf.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, dilihat memantau ujian tersebut bersama pegawai kanan pertahanan dan komander tentera laut, selepas melakukan pemeriksaan terhadap kapal pemusnah berkenaan.
Menurut media rasmi, dua peluru berpandu kruis strategik dan tiga peluru berpandu antikapal perang dilancarkan bagi menguji sistem arahan senjata bersepadu kapal perang itu, melatih kru dalam prosedur pelancaran peluru berpandu serta mengesahkan ketepatan dan keupayaan anti-gangguan sistem navigasi yang dinaik taraf.
Peluru berpandu kruis itu dilaporkan terbang selama kira-kira 7,869 hingga 7,920 saat, manakala peluru berpandu antikapal perang pula selama 1,960 hingga 1,973 saat di perairan pantai barat negara itu, sebelum mengenai sasaran dengan apa yang disifatkan laporan tersebut sebagai ketepatan ultra tinggi.