Rundingan lanjut Amerika Syarikat-Iran masih terbuka – Menteri Luar Pakistan

Menteri Luar Pakistan, Khawaja Muhammad Asif, berkata satu pusingan baharu rundingan antara Iran dan AS dijangka bermula dalam masa terdekat. Foto REUTERS

TEHRAN, 13 April – Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif pada Isnin berkata perkembangan positif sedang dicapai dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), selain kemungkinan untuk rundingan lanjut masih terbuka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkembangan positif dicatatkan dalam rundingan antara Iran dan AS, tanpa laporan perkembangan negatif setakat ini.
  • Kemungkinan rundingan lanjut masih terbuka dan disifatkan sebagai penting untuk kestabilan rantau.
  • Semua pihak dilihat serius berusaha menyelesaikan isu menerusi rundingan, dihargai sebagai langkah dialu-alukan.

Ketika bercakap kepada media, Khawaja Asif berkata satu pusingan baharu rundingan antara Iran dan AS dijangka bermula dalam masa terdekat, menurut laporan Aaj News.

Beliau berkata, selepas beberapa siri hubungan dan perbincangan mutakhir ini, kepuasan secara keseluruhan sedang dizahirkan dan setakat ini tiada perkembangan negatif dilaporkan.

“Setakat ini hanya perkembangan positif diterima berhubung rundingan tersebut, yang disifatkan sebagai sesuatu yang dialu-alukan demi kestabilan rantau berkenaan.

“Semua pihak dilihat serius dalam usaha menyelesaikan isu berkenaan menerusi rundingan,” katanya.