Yang Dipertuan Muda Terengganu dilantik sebagai Pemangku Raja

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail/ Foto Pejabat Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 12 April – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melantik anakanda baginda, Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa 15 April ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Datuk Azmal Azaddin memaklumkan pelantikan dalam kenyataan rasmi.
  • Pelantikan dimasyhurkan dalam satu upacara rasmi di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.
  • Pelantikan dibuat berikutan Sultan akan beristirahat daripada semua tugas atas nasihat pegawai perubatan.
  • Sambutan Hari Keputeraan Ke-64 termasuk semua istiadat dan program berkaitan ditangguhkan ke tarikh akan diumumkan.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu Istana Syarqiyyah, Datuk Azmal Azaddin dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu dimasyhurkan dalam satu upacara rasmi di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

“Pelantikan dibuat berikutan Sultan akan beristirahat daripada semua tugas-tugas serta atur cara rasmi atas nasihat pegawai perubatan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, sambutan Hari Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu 26 April depan termasuk semua istiadat dan program berkaitan, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.