
KUCHING, 9 April – Kementerian Pertahanan komited memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.
- Setiap wilayah negara, termasuk Sarawak, dianggap penting untuk dipelihara dari segi keselamatan, pertahanan dan kedaulatan.
- Anggota Angkatan Tentera Malaysia mesti menjaga institusi ATM yang dihormati rakyat.
- Jaga kepercayaan serta harapan rakyat melalui sikap profesional, disiplin dan integriti yang tinggi.
- Kekalkan nilai teras seperti kesetiaan, kecemerlangan dan mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan melihat setiap wilayah dalam negara sebagai kawasan penting.
“Kerajaan melihat semua wilayah yang ada dalam negara sebagai kawasan yang sangat penting dan ini termasuk Sarawak dari segi memastikan keselamatan, pertahanan dan kedaulatan kerana sebahagian daripada wilayah dalam Malaysia,” katanya dalam sidang media bersempena lawatan kerja ke Kuching.
Dalam pada itu, beliau menekankan agar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjaga institusi tersebut yang dipandang tinggi oleh masyarakat dalam mempamerkan nilai-nilai murni.
Sebagai institusi yang dihormati rakyat, ATM perlu sentiasa menjaga kepercayaan serta harapan rakyat melalui sikap profesional, disiplin dan integriti tinggi dalam kalangan anggotanya.
Anggota ATM juga perlu terus mengekalkan nilai-nilai teras seperti kesetiaan, kecemerlangan serta keutamaan terhadap kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.