Langit Nahariya, Israel ‘terang’, siren berkumandang

Tangkap layar rakaman kawasan yang diduduki secara haram oleh Israel dibom, turut kedengaran siren berbunyi/Viory

NAHARIYA, 2 April- Sebilangan roket dilaporkan menerangi ruang udara di Nahariya pada malam Rabu susulan serangan balas Iran dan kumpulan Hizbullah dari Lubnan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siren amaran berbunyi berterusan ketika beberapa roket melintasi ruang udara.
  • Beberapa roket dilaporkan mengenai bangunan.
  • Orang yang menyambut perayaan Passover terpaksa mendapatkan perlindungan.
  • Sekurang-kurangnya 10 peluru berpandu balistik dilancarkan ke Israel sebelum dan semasa perayaan.

Rakaman turut menunjukkan siren amaran berbunyi berterusan ketika beberapa roket melintasi ruang udara sebelum dilaporkan mengenai bangunan.

Serangan terbaharu itu turut memaksa pihak musuh yang menyambut perayaan yahudi, Passover mendapatkan perlindungan.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 10 peluru berpandu balistik dilancarkan ke Israel sebelum dan semasa malam perayaan tersebut. -Viory