
JOHOR BAHRU, 31 Mac – Dua peniaga mercun masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuai dalam pengendalian bahan letupan itu, minggu lalu.
- Tertuduh: Muhammad Husaini Ehsa (36) dan Othman Abu Kasim (31).
- Didakwa gagal mematuhi jarak selamat antara bahan letupan dan bahan api dalam kenderaan berdekatan.
- Tindakan itu mendatangkan bahaya nyawa akibat risiko letupan mercun yang disimpan di gerai bunga api.
- Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Latif mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan; mereka diwakili peguam K. Vijayan.
Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Husaini Ehsa, 36 tahun dan Othman Abu Kasim, 31 tahun.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama gagal mematuhi jarak selamat antara bahan letupan dalam milikan mereka dengan bahan api
dalam kenderaan yang diparkir berdekatan.
Perbuatan tersebut mendatangkan bahaya kepada nyawa manusia berikutan risiko letupan daripada mercun yang disimpan di gerai bunga api berkenaan.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Jalan Bunga Kemboja Majidee, Kampung Sulaiman Menteri, Johor Bahru, pukul 8.20 malam, 23 Mac lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan.
Manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam K. Vijayan.