Bekalan baja terganggu, petani India tertekan 

Foto REUTERS

INDIA, 30 Mac -Petani di beberapa kawasan di India berdepan tekanan kewangan apabila bekalan baja sukar diperoleh dan dijual pada harga jauh lebih tinggi susulan gangguan rantaian bekalan akibat ketegangan di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kos pengeluaran pertanian meningkat sementara pulangan hasil tanaman kekal tidak berubah.
  • India bergantung pada import baja seperti urea, DAP, muriate of potash dan LNG untuk pengeluaran urea.
  • Bekalan urea terancam apabila konflik serantau menjejaskan penghantaran gas dan LNG dari pembekal utama seperti Qatar.

Situasi itu meningkatkan kos pengeluaran pertanian, sedangkan pulangan hasil tanaman kekal tidak berubah.

India turut bergantung kepada import baja seperti urea, diammonium fosfat (DAP) dan muriate of potash, selain gas asli cecair (LNG) yang merupakan bahan utama dalam penghasilan urea.

Permintaan baja lazimnya meningkat pada Jun dan Julai apabila petani mula menanam tanaman seperti padi, jagung, kapas dan biji minyak. 

Kebimbangan kini tertumpu kepada bekalan urea, baja paling meluas digunakan di India, apabila konflik serantau menjejaskan bekalan gas yang digunakan bagi menghasilkan baja berasaskan nitrogen.

Qatar, pembekal utama LNG kepada India, turut berdepan gangguan penghantaran selepas Iran memberi amaran akan menyerang kapal yang melalui Selat Hormuz susulan tindak balas terhadap serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel. – REUTERS