Lelaki hilang ditemui lemas di Pantai Tanjung Leman

FOTO JBPM JOHOR

MERSING, 29 Mac – Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Tanjung Leman, dekat sini, ditemui terdampar di tepi pantai kira-kira pukul 2 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa berusia 41 tahun dilaporkan hilang sekitar pukul 8 malam; operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan.
  • Ketua BBP Mersing memaklumkan mangsa dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti nelayan.
  • Operasi pencarian melibatkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mersing bersama polis serta bantuan orang awam.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa berusia 41 tahun sebelum itu dilaporkan hilang sekitar pukul 8 malam, sebelum gerakan mencari dan menyelamat segera dijalankan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Mohd Alias Husin menerusi satu kenyataan memaklumkan, mangsa dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti nelayan di kawasan berkenaan.

Operasi pencarian melibatkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dengan bantuan polis serta orang awam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan tersebut.