
ARAU, 19 Mac – Solat Sunat Aidilfitri di Perlis akan dilaksanakan di kawasan tanah lapang seperti sebelum ini, melibatkan semua 101 buah masjid seluruh negeri itu.
- Pelaksanaan diselaraskan bermula pukul 7.45 pagi sehingga 8.15 pagi.
- Pemilihan lokasi solat mengikut ketetapan jawatankuasa kariah masjid masing-masing.
- Raja Muda bertitah kariah boleh pertimbangkan penggunaan ruang dalam masjid mengikut ruang dan jumlah jemaah.
- Pengurusan masjid diminta melaksanakan tatacara solat, takbir, kaifiat dan khutbah ikut panduan Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Pelaksanaannya diselaraskan bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga pukul 8.15 pagi.
Pemilihan tanah lapang berkenaan mengikut ketetapan oleh jawatankuasa kariah masjid masing-masing.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah jawatankuasa kariah boleh mempertimbangkan penggunaan ruang dalam masjid sekiranya terdapat keperluan, bergantung kepada ruang dan bilangan jemaah yang hadir.
Sekiranya cuaca tidak mengizinkan, Solat Sunat Aidilfitri akan dilaksanakan dalam ruang masjid kariah masing-masing pada pukul 8.15 pagi.
Bagi pelaksanaan Solat Aidilfitri di Kariah Kota Raja Arau, solat akan dilaksanakan di Dataran Istiadat Istana Arau pada pukul 8.00 pagi dan sekiranya keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, Solat Aidilfitri akan didirikan di ruang solat Masjid Negeri Arau.
Pengurusan Masjid hendaklah melaksanakan tatacara berkaitan pelaksanaan Solat Aidilfitri seperti lafaz takbir hari raya, kaifiat solat, khutbah hari raya dan sebagainya dengan merujuk kepada panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.