Pulau Pinang terima 2,165 rayuan cukai tanah setakat ini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow – Foto RTM

GEORGETOWN, 16 Mac – Sebanyak 2,165 permohonan rayuan pelarasan cukai tanah diterima oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, setakat ini melibatkan lebih 370,000 hak milik tanah di seluruh negeri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebanyak 532 kes rayuan telah diselesaikan setakat ini.
  • Baki 1,665 permohonan sedang menjalani semakan intensif oleh pegawai di lapangan.
  • Kerajaan negeri menyasarkan proses semakan selesai sepenuhnya menjelang penghujung April.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 532 kes berjaya diselesaikan.

Manakala, bakinya 1,665 permohonan lagi dalam proses semakan intensif oleh pegawai di lapangan.

“Ada kes yang jelas seperti kesilapan pengkelasan kawasan bandar dan desa yang boleh diperbetulkan, namun ada juga kes lebih rumit seperti premis yang sebahagiannya kediaman, komersial atau industri,” katanya dalam sidang media di Komtar.

Beliau berkata, kerajaan negeri menjangkakan jumlah rayuan mungkin lebih banyak melibatkan kategori industri dan perniagaan berbanding kediaman.

Proses semakan disasarkan selesai sepenuhnya menjelang penghujung April ini.