Kerajaan berusaha kekalkan harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 9 Mac– Kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan harga RON95 pada paras RM1.99 seliter supaya ia tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga minyak global menunjukkan trend kenaikan, memberi tekanan kepada pasaran minyak.
  • Harga Brent naik ke sekitar 100 dolar Amerika bagi setiap tong.
  • Keadaan domestik masih terkawal berkat subsidi bersasar yang membantu mengekalkan harga RON95 rendah.
  • Kenyataan itu disampaikan ketika majlis bersama warga KPDN; hadir Armizan Mohd Ali dan Tan Sri Shamsul Azri.

Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun harga minyak dilaporkan semakin meningkat di pasaran global, namun keadaan di negara ini masih lagi terkawal dengan ketetapan harga RON95 yang rendah menerusi subsidi bersasar.

“Harga minyak hari ini, harga Brent satu barel (tong) sudah naik 100 dolar Amerika.

“Kita masih bertahan dengan RM1.99 untuk Budi 95 dan kita akan jalankan ikhtiar semaksimum mungkin supaya tidak membebankan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. -BERNAMA