
KUCHING, 8 Mac – Kelulusan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Julai ini.
- Keputusan termasuk perubahan persempadan hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan di Parlimen.
- Perbincangan masih berlangsung dan tiada pengesahan sehingga ia dibentang serta diluluskan.
- Beliau mengulas kepada pemberita selepas Majlis Iftar Jamaie NEXGEN P194 Petra Jaya 2026 di Kuching.
- Beliau menyampaikan sumbangan kepada lebih 150 penerima daripada beberapa madrasah dan rumah kanak-kanak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, sebarang keputusan termasuk perubahan persempadan kawasan hanya akan diketahui selepas itu.
“Perkara itu akan diketahui selepas ia dibentangkan di Parlimen. setakat ini perbincangan masih berlangsung dan kita menyasarkan untuk membentangkannya pada persidangan Parlimen pada Julai ini.
“Saya sendiri tidak dapat mengesahkannya sehingga ia dibentang dan diluluskan”, katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Jamaie NEXGEN P194 Petra Jaya 2026 di Kuching.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada lebih 150 penerima daripada Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Rampangi, Madrasah Darul Uloom Al-Fatah, Madrasah Tahfiz Al-Qurah Bidayatul Muthadin
dan Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah.